Sunday, August 14, 2022

Perbezaan PBD & PBS

PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Selamat Datang

 Selamat Datang Unit Kurikum SK Padang Terrap

KURSUS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA DALAM TALIAN BAWAH INISIATIF TAHUN 2023

PELAKSANAAN KURSUS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA DALAM TALIAN BAWAH INISIATIF #111: PEMANTAPAN PROFESIONALISME PPP BAGI TAHUN 2023 kursus ...